Siri Bercakap dengan Ternak
Part V
=====∞======∞======
Penentuan HARGA.
.
Saya terpanggil untuk menyentuh bab paling kritikal ini atas dasar untuk memberi satu kesedaran betapa pentingnya satu mekanisma harga yang standard dan boleh menjadi asas bagi setiap penentuan dan kawalan harga.
.
Saya terlihat satu kes (walaupun sebenarnya banyak kes berleluasa) dimana sipenjual lembu/kambing meletakkan harga lembu jantan pada harga RM 7500 untuk anggaran berat hidup 200KG ++ . Dikatakan bahawa lembu itu mampu dihidangkan untuk kenduri 2000 orang????
.
Dikatakan lagi lembu itu boleh dapat 3,4 pikul. Adakah pikul itu kiraan standard?
.
Dikatakan sepikul dalam 60KG. Jika lembu hidup anggaran berat hidup 200KG ++ mana boleh dapat karkas 4 pikul @ 60Kg (60 X 4 = 240KG karkas). Anggaran kasar lembu hidup itu wajib 490-510 KG dan bukannya 200KG ++
.
Saya tertarik dengan kiraan pikul. Jarang saya jumpa orang boleh memikul 60 KG karkas segar (hot carcass) .Nak pikul lembu daging segar 60KG bukan kerja main main. KECUALI SI PEMIKUL ITU BADANG ATAU MEMBELA JIN SERTA ILMU TAHAP TINGGI.
.
Barang segar tu lembik, panas,lembik. Sepikul 60KG itu mitos, tak masuk akal.
.
Bagi memudahkan urusan jualan dan penentuan harga, saya ingin memberi sedikit garis panduan agar urusan halal lagi berpahala, agar kita mendapat barokah dan urusan tidak menjadi beban timbangan diakhirat nanti (ramai sedia maklum tentang urusan jual beli dan timbangan jualan kan? )
.
Penjualan lembu/kambing hidup
=====∞=====∞=======
Lembu harus ditimbang seekor demi seekor atau timbang pukal. Banyak kes timbangan lori yang agak mengelirukan. Jika penjualan secara pukal, wajib diadakan sistem kandang berpetak. Lembu anggaran berat 200++ satu petak, 300++ satu petak dll.
.
Harga lembu/kambing hidup harus dibuat costing yang basics mengikut kadar semasa. Contoh, lembu hidup 12.50/KG timbang jual hidup. Anggaran RM 2200-4000.
.
Kambing jual hidup ex-farm, ikut saiz samada borong atau minima anggaran karkas antara RM 650-1000.Costing juga wajib jika urusan aqiqah, kenduri wajib ada costing sheet.
.
Costing sheet adalah sebagai satu rekod duniawi .Kita sering cakap penternakan ini urusan berpahala lagi saham akhirat. Itu benar belaka. Itupun jika kita berlaku adil kepada diri sendiri dan pelanggan.
.
Harga Karkas lembu/Kambing
=====∞=====∞=======
Bagi penternak yang ingin memasarkan sendiri produk mereka, disarankan ikut syariah. Buat costing sheet, belian hidup dan unjuran yields hasil dari jualan. Contoh kos belian lembu RM 1800-2500 seekor + kos makanan + kos tersembunyi + kos upah dll RM 2300-3000. Maka anggaran tadi dapat yields - shrinkage + % 30-55% sahaja. Tidak boleh melebihi 75% ,mahupun 100%. Berdosa tau!!!!
.
Kambing juga begitu .Buat costing sheet seekor demi seekor.
.
Bagi urusan penjualan karkas penternak kpd peniaga pasar, harus/wajib ditimbang kesemua karkas. Tidak boleh tidak, wajib timbang guna digital. Urusan jualan guna analog masih berleluasa. Tiada siapa yang control benda ini. Kpdkpk apa ke tu wajib pantau. Wajib baharui lesen timbang. Tak boleh main main bab timbang ni, dosa tau.
.
Contoh harga pasaran RM 20-22 X berat = jualan. Set kan dalam otak, jangan fikir,lafazkan ayat rugi. Set kan dalam otak, In shaa Allah rezeki ada. Wajib yakin.
.
Banyak peniaga suka merungut, kena tipu timbangan karkas oleh peraih, penternak. Lemak 10-20KG la, itu la, ini la. Siapa tipu siapa. Peniaga juga wajib guna digital dan buat costing sheet sendiri. Bila ada proper sheets, maka pengawalan harga terkawal dan urusan jadi halal dan tidak terjebak dalam campur daging kotak, tipu harga dan tipu timbangan.
.
Harga jualan keratan tertentu daging lembu/Kambing
======∞======∞=======
Setiap bahagian lembu hind quarter, fore quarter dan rib sets ada bahagian tertentu yang berbeza tekstur, urat, rasa, kelembutan dan bentuk. Setiap keratan ada kelebihan dan keseuaian cara dimasak dan apa yang hendak dimasak.
.
Perkara ini amat penting kerna ianya secara tidak langsung bakal menentukan tahap keilmuan peniaga dan marketing jangka panjang. Jika pelanggan sangat gumbira, maka mereka akan repeat dan repetition dan repetitive.
.
Jika pelanggan stress, maka implikasi dan intrepretasi mereka akan mengatakan semua peniaga menipu campur daging, lembu tempatan liat, tidak berkualiti. Mereka akan cakap daging import Australua/new Zealand baguih bebeno.
.
Harga primals dan loin
.
Tenderloin - RM 36-39-49-59-69 (stirfry)
Cube Roll - RM 36-39-49 (steak, pantry)
Striploin. - RM 39-49 (grill)
Knuckle. - RM 36 (roast)
Oyster blade - RM 39-49 (syabu²)
Rump - RM 31 (steak, cube)
Topside RM 31 (rendang, Kari)
Eye Round RM 30 ( steak, grill)
Chuck tender RM 35 (stirfry)
Brisket RM 27 (braised,oven)
Ribs RM 27-29 (soup, oven)
Dll
Lamb
Rack /Loin - RM 69 (oven grill, Panfried)
Shoulder RM 30-39-49 (grill)
Legs RM 59 ( steaks, curry)
Shanks RM 55 ( curry,soups)
Dll
.
Peniaga ayam itek juga sama. Jualan parts adalah lebih bermanafaat dari jual bulat .Jual bulat dengan volume, jualan parts untuk margin. Kena ada ilmu dan cara tertentu.
.
Bagi urusan, downstrimmings, marination products, juga wajib ada costing sheet. Takkan nak jual marinade products dgn kos ditanggung peniaga atau cost absorb by traders. It's absurd. Wajib costing dan proper SP. Ianya wajib, bukan harus atau sunat.
.
Kesimpulannya costing itu wajib.
.
implikasi masa depan industry itu penting.
.
Tidakkah kita stress bila tiba waktu kawalan harga oleh kementerian, harga daging lembu ,kambing setaraf daging kotak karbau india.
.
Itukah standard harga kita?
.
Begitu rendah harga kawalan, begitu rendah kualiti kita, begitu low class harga sampai kena banding, bersaing dengan daging kotak india/Australia yang kualiti so-so????????
.
Kualiti ternakan lembu, kambing tempatan lagi berkualiti dari ternakan, daging import india, Pakistan, bangla, mahupun jiran tetangga malahan setara daging import Australia New Zealand.
.
Sampai bilakah standard ternakan harga jualan kita sebegitu. Sampai bila pelanggan, pengguna kita asyik kena "tipu"
.
Sampai bila standard jualan kita ditahap semi pro dan traditional?
.
Meminjam ayat kawan kawan dari Australia satu ketika dahulu iaitu negara kita banyak sumber makanan, banyak sumber air. Banyak itu ini. Ada bantuan namun kurang mendalami ilmu penternakan, ilmu potongan dan ilmu jualan. Marketing is Money!!!!
.
Sampai bila????????????
Bonus 1 : Format Rancangan Perniagaan
CONTOH dan FORMAT STANDARD membina Rancangan Perniagaan yang diajar dan diterima pakai oleh PUNB, TEKUN, SME BANK, AGROBANK, CIMB BANK DAN LAIN-LAIN BANK PEMBERI PINJAMAN PERNIAGAAN Dalam Bentuk ebook dan Microsoft Word. Anda hanya perlu isi tempat kosong dengan data anda dan print!!